top of page

Pendang Lake Resort merupakan bekas kawasan paya dan sawah padi. Ia terletak dalam Mukim Air Putih. Selain itu, resort ini dijadikan sebagai pusat latihan dan  rekreasi di mana satu-satunya dalam daerah Pendang. Pendang lake Resort dikelilingi oleh kawasan sawah padi. Pembangunan asalnya oleh Majlis Daerah Pendang dan kemudiannya telah dipajak kepada Wasilah Bumi(M) Sdn.Bhd yang kini dikenali sebagai Zulha Sdn.Bhd pada Jun 2004.

Pendang Lake Resort dikenali sebagai Kolam Mada oleh penduduk setempat yang kemudiannya ditukarkan nama Rumah Rehat Pendang. Resort ini menjalankan operasinya pada tahun 2003 dengan bilangan bilik hanya 10 buah, 1 dewan dan 2 asrama. Pada 1 Januari 2006, Pendang Lake Resort telah memulakan operasi dengan sepenuhnya di bawah pengurusan Syarikat Wasilah Bumi (M) Sdn. Bhd yang merupakan syarikat milik penuh Bumiputera.Kini, Pendang Lake Resort telah menapak atas nama Pendang Lake Resort Sdn.Bhd pada 22 Mei 2008

  • Facebook - White Circle
  • Pinterest - White Circle
  • Instagram - White Circle
bottom of page